Polls
Announcements

Pembukaan Semula Pasar Basah Mukah

Dipaparkan pada 16 Jul 2021

Aktiviti perniagaan di Pasar Basah Mukah DIBENARKAN BEROPERASI bermula Sabtu, 17 JULAI 2021.

Oleh itu, semua peniaga dan penjaja terlibat dikehendaki hadir pada Sabtu, 17 Julai 2021, jam 8.00 pagi di kawasan Gerai Kopi Market Dana untuk sesi penyerahan Perintah Pelepasan (R.O.) oleh pihak Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah.

Para peniaga juga dinasihatkan untuk bergotong royong membersihkan persekitaran Pasar Basah Mukah sebelum memulakan perniagaan.

Operasi Pasar Basah Mukah yang dibenarkan adalah bermula dari 6.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Semua penjaja, peniaga dan orang ramai DIWAJIBKAN untuk mematuhi SOP, mengamalkan kawalan kendiri dan menjaga kebersihan pada tahap yang tinggi setiap masa.

(Sila Klik Untuk Pautan Ke Info Grafik)