Polls
Announcements

Kebenaran Dine In Di Premis Makanan Di Kawasan Di Bawah Bidang Kuasa Majlis Daerah Dalat & Mukah

Dipaparkan pada 15 Jul 2021

Majlis dengan merujuk Kenyataan Media JPBN Bil. 196/2021 bertarikh 15 Julai 2021 telah memutuskan untuk membenarkan premis makanan di kawasan di bawah bidang kuasa Majlis untuk perkhidmatan dine in bermula Jumaat, 16 Julai 2021 dengan tertakluk kepada syarat SOP dan Protokol Kesihatan yang telah ditetapkan.

HANYA premis makanan yang semua pekerja telah mendapat sekurang-kurangnya 1 Dos Vaksin Covid-19 DIBENARKAN untuk menyediakan perkhidmatan DINE IN.

Majlis memohon kerjasama semua operator premis makanan untuk mematuhi arahan ini dan memaklumkan kepada Majlis sekiranya ada pekerja yang belum mendapatkan vaksinasi Covid-19 untuk tindakan lanjut.

Semua pihak diseru untuk terus mematuhi SOP, menjaga tahap kawalan kendiri dan kebersihan pada setiap masa di tempat awam.

(Sila Klik Untuk Pautan Ke Info Grafik Notis MDDM)

(Sila Klik Untuk Pautan Ke Kenyataan Media JPBN Bil 196/2021)

(Sila Klik Untuk Pautan Ke SOP Sektor Makanan)